Adakah Quinoa Lebih Baik Daripada Nasi? Ketahui 7 Manfaatnya - Kika Mohd
Ramai kawan dalam friendlist mula menggunakan bijirin quinoa sebagai pengganti nasi sebagai sumber karbohidrat dalam makanan. Mereka yang ingin menurunkan berat badan tetapi ingin makan seperti biasa akan menjadi quinoa sebagai pengganti nasi kerana ia mempunyai lebih tinggi kandungan protein dan juga serat serta mudah dimasa sama seperti beras biasa. Adakah quinoa ia lebih baik dari nasi? Quinoa sebenarnya adalah makanan yang berunsur yang sama seperti bayam atau ubi bit. Tetapi apabila anda masak quinoa di dalam air panas ia akan menjadi tekstur seperti beras ataupun kuskus. Cara memasak quinoa adalah sama seperti memasak nasi putih. Beras putih adalah kanji halus, jadi ia mempunyai indeks glisemik yang tinggi dan bukan pilihan yang baik bagi yang ingin menjaga berat badan. Jadi jika anda merancang untuk makan nasi putih, pertimbangkan menggantikan quinoa kerana ia mempunyai kandungan protein dan serat yang tinggi. Satu cawan quinoa yang dimasak memp...