Saturday, September 18, 2021

Pengalaman Diri Sendiri Dan 4 Ahli Keluarga Lain Dijangkiti Covid19

Pengalaman Diri Sendiri Dan 4 Ahli Keluarga Lain Dijangkiti Covid19

Hi korang assalamualaikum

Lama x menulis sebab tengah kumpul kekuatan , untuk pengatahuan semua aku baru recover dari covid bermula jangkitan dari bambee


Kiri bambee & kanan aku

26 July 2021 


bambee tiba2 demam and sakit tekak, dia minta aku belikan covid test, so aku pun beli la dua satu utk aku and satu lagi utk bambee .


Test punya test skali positive , masa tu aku masih rasional ini ujian Allah bagi so start dari tu bambee terus quarantine dalam bilik office dia lepas tu , aku plak start demam terpaksa asing kan Hud sebab takut aku positive dalam rumah pun pakai mask.


Bila aku start demam aku xboleh tidur baring rasa sesak sangat nafas, bambee email cac sepang which kawasan rumah kiteorg dan cac bagi date 29 July 2021 utk kami satu keluarga swab test


Masa tu aku mmg sangat sangat x larat demam terlalu tinggi and bambee terpaksa juga drive bawa kami ke cac , then dh pakai gelang kan kena la ddk diam2, kat rumah . So kami semua quarantine kat rumah je 



Ni pergi CDC sepang untuk swab test. Alhamdulillah Hud jerit skit je haha

Nasib ada travel oxygen boleh guna masa emergency 


31 July 2021 


Bambee kejut aku dia kata dia sesak nafas , masa tu aku dh nak nanges , aku ckp kat dia jom g hospital . We all pack semua barang and barang bambee asing sbb takut x sama tempat. Tapi malang nya doc x check kami sbb kami punya result masih x keluar, and after buat assessment dkt covid assessment centre bambee kena tahan sbb low oxygen , masa tu aku demam so aku terpaksa drive balik bawak budak2 ni 


Alhamdulillah bila adanya ujian mesti ada benda lain Allah bg , rezeki datang dari kawan2 yang xputus anta stock makanan , and paling terperanjat adalah CEO Malindo hantar air oxygen water , sbb wife dia client makeup kakika , Ya Allah masa tu mcm tak baik aku mengeluh ALLAH uji skit je 



Dua hari lepas tu masih x dapat jawapan dan nak jadikan rezeki leader business aku minta tlg kawan beliau untuk check result aku. Masa tu aku dh pasrah dah ya Allah apa pun ujian aku terima dengan hati terbuka cuma jangan la aku mati tu je fikir hahaha. Ada ternyata result aku positive dengan ct value yang sangat rendah


Sini aku buh ct value utk rujukan kawan2 masa hadapan



So dari 5 beranak , bambee aku and anak sulung aku positive , Una and Hud negative tapi Hud dh start demam panas dan tak active . Una plak asyik darah hidung dan aku masih cuba bertenang huhuhu


Semua demam kecuali una, tapi cece cuma demam skit tapi batuk . Una plak keep la berdarah hidung aku ni dah gelabah tetek HAHA , mau x aku demam nak jaga 3 orang sakit , hebat tak hebat aku HAHA ( puji la diri skit )


2 August


Una start demam aku pun terus kemas balik semula baju pergi cac sebab aku mmg dah tak larat sangat2 tak selera makan , gigil semua ada, walaupun Una dan Hud negative aku redah je.


Sampai sana cece lepas assessment sebab tak teruk tapi spo2 aku kantoi and drop sampai 93% . Terus doc suh pergi belakang ambik oxygen, masa tu aku suh diorg tunggu dalam kereta and doc cac sepang sangat baik ye , dia tolong panggilkan budak2 suruh keluar duduk dekat aku.


Sebelah aku ada pakcik dan anak dia Syira kami borak2 ( recently msg Syira dia bgtau papa dia dah takde Al fatihah buat pakcik tu ) baik sangat diorg kenal time tu je tapi syira beli kan lunch utk una sbb una lapar . Masa tu air mata aku mmg murah sangat. Semua org msg pun aku nanges bertapa sayangnya org sekeliling aku rupanya


otw to sg buloh hospital

Then bermula episode quarantine di Hospital Sg Buloh di ward Khas utk ibu or anak negative + positive , we all ddk dalam satu bilik . Aku mmg baring je xlarat sangat , so satu malam kat sana esok pagi buat pcr semula utk Hud dan Una . Aku dan cece buat chest xray


Our first ward dekat hospital kusta , khas utk ibu or anak negative 

Malam tu tgh tidur sbb demam kan mmg tidur je pukul 11 nurse jerit panggil nama , and nurse inform Una dan Hud positive so kami kena tukar ward 


4 July 


Oxygen aku skali lagi drop sebab batuk non stop so aku inform nurse pasang oxygen tapi oxygen x naik paras 95 je. Aku kena tukar ke ward observation tapi aku kena tinggal Hud , skali lagi pening sape plak nak jaga Hud . Thank you KKM transport bambee dr maeps ke Sg Buloh 


5 July 


Jam 3 pagi bambee msg kata dia dh dkt sg buloh , Hud pun dengan dia skali dengan cece n una . Alhamdulillah syukur ya Allah . So me time sekejap dekat ward observation sampai tengahari paras oxygen dah okay doc pindahkan aku ke ward biasa. Aku tanya boleh x aku nak ddk dgn laki and anak aku. Diorg ckp suppose kena pindah ward sbb bapa x boleh skali


Tapi sekali lagi miracle happen , Allah memang bg kami betul2 berehat sampai sihat doc pakar kanak2 tak bagi una n Hud pindah ward dan ada ruang utk aku masuk ward diorg. Aku pun naik ambulance dari ward kusta ke main building 


Finally reunited and terkejut sangat yang KKM tempat kan kiteorg sekeluarga di ward FPP ward which ward VIP org bersalin . Masa tu mmg nanges sedih gembira dpt jumpa bambee setelah berhari terpisah dan dapat berehat dengan tenang sejuppppp main building ada aircond haha


Ni katil aku , bambee & Hud


Cece & Una

9 August


Alhamdulillah dicharged sebab result darah dah okay . Anak2 pun active tapi diorg kena sambung quarantine dekat rumah sampai 12 August


Fuhhhh boleh buat novelkan ??


Terima kasih tak terhingga utk pusat covid dewan orang ramai dengkil , Maeps & Hospital Sg Buloh. Next post aku akan share tips home quarantine dan item item yang di perlukan during quarantine  


Continue Reading

Friday, July 16, 2021

Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!

Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!


Tengok video kat atas ni rasa tersentap bila mana kita nak something tak pernah nak sungguh² minta dekat Allah

Kenapa kita bertahajud?

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya solat Tahajud atau solat di tengah malam. Tetapi kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam?

Jawapannya :

Kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Sesungguhnya, bukan perkara senang untuk bangun dari tidur nyenyak pada waktu malam 

Dan bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana sejuk malam. Dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan. Kerana amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.

Solat Sunat Tahajjud

Pengertian Tahajjud ialah Solat sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Solat ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Solat ini dilakukan sekurang- kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

Kelebihan & Fadilat Sembahyang Tahajjud

  1. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang- orang mukmin.
  3. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
  4. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
  5. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  6. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  7. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
  8. Jauh daripada kebinasaan.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Tahajjud

Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!


solat-sunat-tahajjud-lafaz-niatMaksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan Solat Sunat Tahajjud

Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!

Pada rakaat pertama hendaklah  baca surah al- Fatihah


Dan diikuti surah al - Kafirun 

 Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Ikhlas


Selepas daripada salam hendaklah membaca doa ini:

Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!

Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Semoga entri tentang cara solat tahajjud ini bermanfaat. Doakan yang baik-baik untuk kami juga!

Sumber: Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)



Continue Reading

Makeup Nikah 2021


Makeup Nikah 2021

Tahun 2021 adalah tahun paling mencabar untuk kita semua and termasuk la bakal bakal pengantin betul kan?
Mau taknya dengan SOP yang sangat ketat , pengantin boleh nikah di pejabat agama daerah sahaja and paling tak best photographer pun tak dapat masuk

Sebagai makeup artist ambik gambar yang cantik pun tanggungjawap kami haha sebab pengantin dah kelam kabut nak selfie pun maybe diorg lupa

So hari ni kakika nak kongsi tips pemilihan makeup nikah dan lain lain tips semasa musim nikah pkp

1. Pemilihan color baju sangat penting and warna putih dah macam official warna utk nikah 

Makeup Nikah 2021

Yang ni salah satu pengantin olok olok kakika yang pakai busana putih , cantik bersih and sesuai dengan semua jenis makeup.

2. Pemilihan tona makeup adalah sangat sangat penting. Now tengah famous barbie makeup style tapi warna pink bukan warna yang sesuai untuk semua orang

Makeup Nikah 2021

Makeup Nikah 2021

Dua pengantin ni kakika gunakan warna warna selamat orang kata . Warna warna pastel ni tak di telan zaman . Kalau korang tak percaya korang google gambar makeup tahun 2000 . Tengok baju biru eyeshadow zas biruuu haha . Lepas tu korang eueww kenapa makeup tu macam tu dan cuba korang tgk Dato Siti Nor Haliza punya gambar makeup kahwin . Cantik tak ada warna warna anehhh

3. Hijab style kena kemas jangan pakai mcm kita selalu pakai pergi pasar malam. Kalau korang hire makeup artist kebanyakkan kami mmg pandai style kan tudung ( amboi puji diri haha )

Makeup Nikah 2021

Makeup Nikah 2021

See girls , style tudung main effect utk nampak kurus dan runcing okay? And as a professional makeup artist kakika sangat sangat suka pengantin pakai shawl

4. Cari makeup yang banyak review , bukan famous kita pandang , ni soal cantik sekali seumur hidup . Korang boleh survey setahun awal boleh buat installment plan dengan makeup artist . Jangan tangkap muat sebab rasa famous terus booking ok?

Makeup Nikah 2021

Selain dari makeup yang cantik , supplement juga sangat penting untuk dapatkan kulit yang bersih dan menjadikan makeup tahan lama 

Nikah di pejabat agama mask adalah wajib and untuk orang yang ada masalah kulit agak susah sikit nak maintain makeup kerana kulit bermasalah boleh leads to crack 

Makeup Nikah 2021

Ni adalah salah satu pengantin kakika yang mengamalkan Set Shaklee kulit dia MashaAllah cantik licin je and dia juga kurus okay sbb consume Shaklee

Nak cantik mmg kena invest, so sesiapa yang berminat utk kurus dan cantik before majlis boleh contact kakika

Makeup Nikah 2021





 

Continue Reading

Thursday, July 15, 2021

Pengalaman camping bersama anak anak di GG Retreat - Kika Mohd


Pengalaman camping bersama anak anak di GG Retreat

Ada tak di kalangan readers suka camping atau berkhemah? Harini kakika nak cerita pengalaman kedua camping / berkhemah dengan anak anak . Korang mana yang plan nak camping lepas PKP ni boleh cuba tempat kakika pergi after PKP abis nnt.

Tercetusnya idea nak camping ni one day kakika check jadual makeup eh rompong. Jarang skali berlaku terus cakap dekat bambee . Abang jom masuk hutan . Bambee onz selalu

So pertama sekali kita kena plan. Barang apa nak bawak , makan nak makan apa dr pagi sampai malam . Baju cukup ke idok semua kena plan ye

Pengalaman camping bersama anak anak di GG Retreat

Ni list paling penting supaya kita punya percutian dalam hutan teratur seperti rombongan sekolah haha

So tempat utk camping kali ni di GG Retreat , Serendah Selangor . Kawasan dia super bersih tepi sungai 

Pengalaman camping bersama anak anak di GG Retreat

Ni khemah kami , khemah jenama unta / camel sangat besar muat 8 orang dewasa

Pengalaman camping bersama anak

Masa ni kitaorang baru dapat khemah ni and excited nak buka sanggup pergi dekat parking basement buka 

Pengalaman camping bersama anak


Ni adalah portable kitchen kalau di lipat dia nipis je and ada bag khas dia

Pengalaman camping bersama anak

Ni rupa portable kitchen tu cool kan? Boleh susun roti ke apa dalam tu tak risau tengah malam makanan terdedah ke apa

Pengalaman camping bersama anak

Ni antara menu simple yang kiteorg sediakan untuk anak anak supaya mereka kenyang ye. Jangan tatau duduk hutan memang akan lapar tambah lagi kalau ada sungai berendam lama2 dalam air

Pengalaman camping bersama anak

Ni paling special Daging Wagyu beli dekat Village Grocer 

Pengalaman camping bersama anak

Anak anak paling suka yang ni . Mushroom and biskut kita bakooo

Pengalaman camping bersama anak


Pengalaman camping bersama anak

Patty pun kami beli yang dah siap. Sambil bakar  sambil tgk anak anak mandi .

Pengalaman camping bersama anak

Menu malam Bambee and maid kakika suka makan shell out. So kakika dh buat paste siap siap kat rumah. Sampai sini just rebus seafood and masak. Alhamdulillah licin

Pengalaman camping bersama anak

Ni tempat letak all spices. Kakika beli dekat shopee ni bagus utk campers 

Pengalaman camping bersama anak

Ni portable toiletries senang , semua ada lengkap dalam tu . Ni item wajib ada sebab nak jimat space

Pengalaman camping bersama anak

Waktu malam sangat sejuk , kakika bangun jam 4 pagi pergi toilet sebab terlalu sejuk . Allah nikmat dapat tidur macam dalam aircond

Pengalaman camping bersama anak

Puddin celik mata je terus minta mandi . 

Ini je gambar yang kakika ada overall tempat ni sangat la bersih cantik except toilet dia ada berudu uwarghhhh masa nak mandi asyik nampak berudu dalam gayung je T_T

So yang berminat dengan aktiviti berkhemah ni tapi ada anak kecik , redah je . Yang penting kawasan selamat dan cari private campsite yang biasanya ada banyak kemudahan seperti elektrik , toilet , plugpoint , parking .

Doakan supaya covid hilang , tak sabar nak plan utk next trip 

Love ,
Kakika




Continue Reading

Monday, July 12, 2021

Pengalaman Mendapat Suntikan Vaksin Covid

Pengalaman Mendapat Suntikan Vaksin Covid

Today kakika nak share pengalaman dapat suntikan vaksin sinovac setelah kalah battle slot vaksin astrazeneca.


So sharing my vaccination experience in PPV Movenpick, KLIA through some pictures I managed to take during my session today.

Incase korang dapat pusat vaksin sama macam kakika movenpick hotel, dan tak tahu direction. Korang boleh klik sini

Pengalaman Mendapat Suntikan Vaksin Covid

First of all , I prepared ESP before pergi utk lapik perut , sebab I tengok dalam group resident diorang cakap beratur panjang , kena datang at least 2 hours before. Sbb nak elakkan guna toilet kat tempat awam aku mmg minum ESP kenyang and bertenaga

Pengalaman Mendapat Suntikan Vaksin Covid

9.30am otw ke Movenpick sebab appointment 11.00am

10.00am Dah masuk masjid area, akan nampak anggota RELA jaga dkt zebra crossing

Pengalaman Mendapat Suntikan Vaksin Covid
Main entrance

FYI, the PPV (mega PPV) has just opened its door on Monday, 5 July. At the moment the vaccine given at this PPV is SINOVAC. Interval between the first and second jabs is 2 weeks.

Pengalaman Mendapat Suntikan Vaksin Covid

Quite fast actually the process sebab aku dtg dalam jam 10 pagi and 10.40 dh siap cucuk

Pengalaman Mendapat Suntikan Vaksin Covid

aku tak ambil gambar during the process sebab dia dh tulis no camera so aku serahkan urusan pada mereka yang buat kerja . Sama mcm time aku makeup pengantin main hp aku marah ( hahaha )

 Pengalaman Mendapat Suntikan Vaksin Covid 
Pengalaman Mendapat Suntikan Vaksin Covid
alhamdulillah blood oxygen 100%  cuma heart rate je tinggi resting time sbb nervous gila !


Ni time observation , utk orang ada critical illness termasuk la asthma, jantung etc . Observation period adalah 30minit kalau mereka yang xde masalah kesihatan observation time cuma 15minit 

Finally mandatory photo booth HAHA

Pengalaman Mendapat Suntikan Vaksin Covid

HAHA aku x ambik gambar pun sbb aku malu nak minta tolong orang ambikkan. but aku edit ni utk kenangan HAHA hello I’m vaccinated !

So takde symptoms yang teruk after vaccinated cuma sakit tangan mcm vaccine rubella and dizzy mcm loya² gitu. Demam takde as aku dh telan Vitamin C siap² utk boost immune system korang boleh baca pasal Vitamin C  kat sini

Jangan takut dengan suntikan vaksin COVID-19

Untuk korang yang takut untuk disuntik dengan vaksin, tak payah takut lah. Korang patut lebih takut jika korang tak ambil vaksin langsung. Vaksin ni bukan pasti korang tak akan terkena jangkitan COVID-19, tapi risiko itu lebih rendah. Kalau korang kena sekali pun, InshaAllah  kesan sampingannya tidak seteruk jika korang tidak mengambil vaksin.


Dan if korang seorang yang antivaksin atau tidak anti tapi memang tak nak ambil, tolong jangan pengaruhi orang lain untuk tidak ambil juga. Korang tak nak, duduk diam-diam. Jangan nak mengata lebih-lebih ok! Kita jaga kita. 


and last sekali

my utmost gratitude

for all of Malaysian medical heroes.
We salute and thank you.
Now the time has come to do my part to aspire others to arise.

Love,
Kika Mohd








Continue Reading