Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!

Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!


Tengok video kat atas ni rasa tersentap bila mana kita nak something tak pernah nak sungguh² minta dekat Allah

Kenapa kita bertahajud?

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya solat Tahajud atau solat di tengah malam. Tetapi kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam?

Jawapannya :

Kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Sesungguhnya, bukan perkara senang untuk bangun dari tidur nyenyak pada waktu malam 

Dan bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana sejuk malam. Dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan. Kerana amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.

Solat Sunat Tahajjud

Pengertian Tahajjud ialah Solat sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Solat ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Solat ini dilakukan sekurang- kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

Kelebihan & Fadilat Sembahyang Tahajjud

  1. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang- orang mukmin.
  3. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
  4. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
  5. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  6. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  7. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
  8. Jauh daripada kebinasaan.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Tahajjud

Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!


solat-sunat-tahajjud-lafaz-niatMaksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan Solat Sunat Tahajjud

Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!

Pada rakaat pertama hendaklah  baca surah al- Fatihah


Dan diikuti surah al - Kafirun 

 Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Ikhlas


Selepas daripada salam hendaklah membaca doa ini:

Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!

Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Semoga entri tentang cara solat tahajjud ini bermanfaat. Doakan yang baik-baik untuk kami juga!

Sumber: Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)



Comments

  1. Salam kenal sis..follower ke 25 kt sini..thanks berkongsi ilmu..mudah2an bermanfaat..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal sis..follower ke 25 kt sini..thanks berkongsi ilmu..mudah2an bermanfaat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bernam Nature Hut , “private campsite” yang menarik di Tanjung Malim Perak

decor dari?

Pengalaman camping bersama anak anak di GG Retreat - Kika Mohd